• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Beri Kata Dua, UMNO Jangan Buat PRN Ke Negeri Lain

oleh AK-47
28/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Pas beri kata dua kepada segelintir kepemimpinan UMNO agar tidak sesekali meluaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana di Melaka dan Johor ke negeri-negeri lain.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika UMNO masih berdegil dengan langkah PRN, maka, Pas mempunyai strategi tersendiri untuk mengajar rakan Muafakat Nasionalnya (MN) itu.

Tegasnya, UMNO perlu sedar yang Pas juga mempunyai kekuatan terutama di kubu kuat mereka di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

“PRN bukan strategi yang baik tetapi dilakukan oleh kluster mahkamah, kluster kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di samping mereka yang tiada jawatan.

“Jadi, saya nak beritahu, Pas ada batas dan sempadan. Kalau UMNO mahu buat lagi PRN, kita ada strategi yang akan dilaksanakan apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan besar parti itu dalam PRN Johor kelak bakal memberi isyarat kebangkitan gagasan tersebut untuk kembali mengemudi pentadbiran negara pada masa hadapan.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas yakin UMNO akan membawa ramuan sama dalam PRN Melaka ke Johor dengan menggunakan undi teras parti.

Bagaimanapun, katanya, UMNO perlu mengambil iktibar keputusan PRN Melaka kerana undi parti berkenaan hanya naik satu peratus sahaja.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengulangi pendirian untuk terus mengukuhkan kerjasama MN dengan UMNO di sebalik rasa kecewa dengan segelintir pemimpin parti itu.

“Bukan semua UMNO begitu hanya sebahagian sahaja terutama kluster-kluster yang saya sebutkan tadi.

“Golongan itu yang main politik tidak sihat, selepas Johor mahu buat PRN di mana pula, Perak dan kemudian di mana lagi? Tidakkah rakyat letih dengan apa yang berlaku ini,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PASPRNUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd