• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa UMNO Dikhianati Selepas Jemput Bersatu Sertai MN

oleh Mohd Arshad
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa UMNO berasa dikhianati selepas Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon di 17 kerusi dan enam calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi memecah undi Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara itu berlaku tidak sampai tiga minggu selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diberi surat jemputan pada akhir bulan Ogos 2020 bagi menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Ramai sudah lupa atau masih tidak sedar apa yang telah berlaku. Ada yang masih menggunakan alasan bahawa UMNO pernah bersetuju untuk mengajak Bersatu menyertai MN lalu kami memungkiri janji sebagai propaganda bahawa UMNO yang tidak jujur.

“Ya, surat jemputan kepada Bersatu pernah ditandatangani pada akhir bulan Ogos 2020 tetapi tak sampai tiga minggu kemudian, PN meletakkan calon untuk melawan BN di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Sabah.

“PN juga meletakkan calon bebas di enam kawasan DUN yang ditandingi BN untuk memecah undi kita,” dakwanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas beberapa pihak tertentu menuduh UMNO tidak jujur sambil mendakwa parti itu memungkiri janj yang dibuat kepada Bersatu ketika ia menjemputnya menyertai MN.

Mengulas lanjut, Najib menambah, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional BN yang mempunyai peluang tertinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan itu menang.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun BN berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi tetapi Ketua Menteri Sabah pula dilantik daripada Bersatu.

“Jadi, adakah kamu masih mahu gunakan propaganda bahawa UMNO yang mungkir janji dan khianat MN serta Pas sebab tidak teruskan untuk mengajak Bersatu sertai MN setelah kita sedar kita telah dikhianati oleh puak yang tidak jujur?

“Sebab apa kita perlu bekerjasama dan berkawan dengan pihak yang niat sebenar yang mula-mula disorok mereka adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk sogok ahli kita dan khianat kita?” soalnya.

SinarHarian-

Tags: BERSATUmuafakat nasionalnajib razakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd