• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUDA Sertai PH Johor Untuk Berhadapan PRN Johor

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Pakatan Harapan (PH) Johor mengesahkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), secara prinsipnya akan bekerjasama dengan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, jika ia diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan, yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, persetujuan berkenaan dicapai dalam perbincangan bersama Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, baru-baru ini.

“Persetujuan secara prinsipnya sudah dicapai untuk MUDA bekerjasama dengan PH Johor jika PRN diadakan di negeri ini tidak lama lagi.

“Perbincangan lanjut akan diadakan bersama kepimpinan tertinggi semua parti menganggotai PH termasuk dari segi agihan kerusi serta persiapan lain.

“Presiden Amanah, Mohamad Sabu, juga dijangka turun ke Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat parti yang diadakan sama ada Rabu atau Khamis ini bagi perbincangan lanjut mengenai PRN Johor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Parit Yaani berkata, Amanah Johor juga sedang memperincikan calon parti bagi PRN negeri sebagai persiapan.

“Calon-calonnya sudah ada cuma kita akan tunggu pimpinan tertinggi parti bagi memuktamadkan senarai selain perbincangan dengan parti PH yang lain,” katanya.

-Harian Metro

Tags: mudaPHPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd