• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Beri 40 Peratus Diskaun Bayar Kompaun Hingga Jun

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberikan diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus kepada semua pengusaha pelancongan berlesen dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun, hingga 30 Jun ini.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan selain itu, tempoh pembayaran bagi semua kompaun dikeluarkan MOTAC kepada pengusaha pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen dilanjutkan hingga 30 Jun.

“Kementerian berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

“Namun demikian, pihak kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MOTAC juga memberi pengecualian kompaun kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh ditetapkan bagi lesen berakhir pada 1 Januari hingga 30 Jun disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kementerian itu memaklumkan pengecualian ini diberikan dengan syarat permohonan lengkap perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh lesen.

Selain itu, kementerian turut melaksanakan pengeluaran lesen syarikat pengendali pelancongan tanpa pemeriksaan premis dalam tempoh PPN namun pemeriksaan premis akan dilaksanakan dalam tempoh 90 hari setelah lesen syarikat dicetak dan dikeluarkan MOTAC Negeri.

-Berita Harian

Tags: Diskaun Bayar KompaunkompaunMOTAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd