• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Na’im Saman Lokman Noor, Tuntut Ganti Rugi RM30 Juta

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, berhubung dakwaan gangguan seksual termasuk terhadap seorang ‘Datin.’

Mohd Na’im, 54, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dan menamakan Lokman Noor, 49, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi serta mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung dalam Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 dan 13 Januari lalu.

Plaintif mendakwa, Lokman juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 dan 14 Januari lalu, selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau dalam Facebook milik defendan pada 11 dan 13 Januari.

Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat, serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.

Mohd Na’im mendakwa siaran langsung dan hantaran itu telah tersebar kepada pihak ketiga kerana Facebook serta YouTube milik defendan dapat ditonton dan dikomen oleh masyarakat umum.

“Defendan menerbitkan kenyataan itu dengan matlamat bahawa perkara yang sama akan diterbitkan dalam negara dan pada peringkat antarabangsa melalui media elektronik serta media cetak,” dakwa plaintif dalam tuntutan itu.

Menurut plaintif, satu laporan polis telah dibuat pada 12 Disember tahun lalu bagi menafikan dakwaan serta tuduhan Datin berkenaan terhadapnya, dan beliau juga sudah membuat laporan polis terhadap Lokman Adam agar pihak polis membuat siasatan berhubung tindakan defendan.

Plaintif berkata, notis tuntutan bertarikh 13 Januari lalu dikeluarkan terhadap defendan supaya menarik balik kenyataan fitnah serta memadamkan hantaran dalam Facebook, selain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam namun hingga hari ini, defendan tidak mengendahkan laporan polis dan notis itu.

Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, mencalarkan imej, menjatuhkan maruah dan merendahkan statusnya di mata masyarakat umum.

Oleh itu, plaintif memohon suatu injunksi supaya defendan memadam video serta hantaran terbabit, dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu, selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik dalam media sosial.

Plaintif juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah atas jumlah penghakiman sebanyak lima peratus setahun yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menerusi semakan mahkamah, permohonan injunksi itu akan didengar esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff, manakala pengurusan kes ditetapkan pada 21 Februari depan.

Bernama-

Tags: Datuk Dr Mohd Naim MokhtarJKSMsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd