• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Bakal Calon MB PH, Mungkin Bertanding Di DUN Layang-Layang

oleh Mohd Arshad
26/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah disebut-sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar (MB) Johor seandainya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkemungkinan besar akan ditempatkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi itu dimenangi Datuk Onn Hafiz Ghazi menewaskan pencabarnya Murugan Muthu Samy (PH) dan Mohd Jubri Selamat(Pas) dengan majoriti tipis 364 undi.

“Maszlee berkemungkinan besar akan menjadi calon MB, tapi dia akan masuk ke kawasan Layang-layang,” menurut sumber itu lagi.

Portal Malaysiakini melaporkan, konsensus atau perjanjian antara komponen PH sebelum ini, menyatakan mana-mana kerusi yang dimenangi oleh parti masing-masing sebelum ini tidak akan direbut lagi untuk pilihan raya seterusnya.

Namun, mana-mana kerusi yang kalah sebelum ini adalah terbuka untuk ditandingi mana-mana komponen, tertakluk kepada rundingan dan keputusan akhir.

Dan DUN Layang-layang tidak terkecuali.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan komen daripada Maszlee masih belum berjaya setakat artikel ini ditulis.

Biarpun kerusi itu secara tradisional ditandingi PKR, namun DAP telah menunjukkan minat di kerusi tersebut, dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Marina Ibrahim telah pun bergerak aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan itu sejak dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Marina berkata, beliau menyerahkan kepada keputusan pucuk pimpinan berhubung spekulasi pencalonannya itu.

“Apa-apapun saya akur kepada keputusan akhir pimpinan,” katanya ringkas.

-Awani

Tags: Calon MB PHPHPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Alami Anticipatory Anxiety Bimbang UMNO Bangkit?

PH Alami Anticipatory Anxiety Bimbang UMNO Bangkit?

13/09/2026
0

MEMANG ada benarnya apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 diperhatikan dengan...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd