Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan bahan:2 genggam ikan bilis- dibersihkan 2 batang serai - dititik 1 senduk tempoyak 1 sudu...

Lonjakan Kes Covid-19 Hasil...

KUALA LUMPUR - Pola kes harian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini adalah hasil...

Lepas Ola Bola, Luqman...

SELEPAS mencipta nama menerusi filem Ola Bola tahun lalu, pelakon Luqman Hafidz akui...

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Malaysia Terima Lagi Lebih 2.01 Juta Dos Vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM – Sebanyak 2,017,500 lagi bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia pada Jumaat sebagai usaha menyokong program vaksinasi penggalak negara.

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, penghantaran tersebut sebagai tambahan kepada 324,000 dos yang dihantar pada minggu lepas, menjadikan jumlah bekalan bulan ini lebih 2.3 juta dos.

ā€œJusteru, ia merupakan penghantaran terbesar kami ke Malaysia setakat ini bagi meningkatkan usaha kami dengan menyokong pelancaran dos penggalak.

ā€œDengan kemunculan varian baharu, Omicron, kami juga akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat dos penggalak secepat mungkin,ā€ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, penghantaran terbaharu itu juga sebahagian daripada komitmen dua hala AstraZeneca untuk menghantar 6.4 juta dos terus ke Malaysia.

ā€œSehingga kini, lebih 7.8 juta dos vaksin AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia melalui bekalan terus, COVAX dan sumbangan dari negara lain.


ā€œPenghantaran terakhir dos vaksin di bawah komitmen dua hala dijangka bulan depan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Sanjeev turut memaklumkan lebih daripada 2.5 bilion dos vaksin AstraZeneca telah dikeluarkan kepada lebih 170 negara.

ā€œKira-kira dua pertiga daripada bekalan dos dihantar ke negara berpendapatan rendah dan sederhana,ā€ katanya lagi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori