• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pertimbang Buka Sektor Pelancongan Antarabangsa – PM

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak untuk membuka pintu sempadan negara kepada pelancong asing bagi merancakkan kembali industri pelancongan.

Keputusan mengenainya, jelas Ismail Sabri, walau bagaimanapun hanya akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan mengikut situasi semasa.

“Kita lihat kesannya, kalau kita masih lagi terlalu keras, kesannya adalah kepada industri pelancongan. Setakat ini industri pelancongan masih lagi belum dibuka sepenuhnya.

“Walaupun dari segi pelancongan tempatan kita telah buka, tetapi pelancong asing masih belum masuk lagi ke negara kita,” kata Ismail Sabri.

Jelasnya, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.

“Cuma yang kita masih tutup adalah sempadan negara. Kita terpaksa lakukan ini kerana seperti kita tahu negara luar juga mempunyai kes yang tinggi.

“Sebab itulah kita masih berhati-hati untuk membuka sempadan kita walaupun kita telah memulakan dengan Singapura,” kata Ismail Sabri.

Perkara itu, katanya, akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa dan tidak menolak akan melakukan perkara yang sama.

Menurutnya lagi, subsidi upah yang diperkenalkan sebelum ini masih disalurkan kepada pemain-pemain industri pelancongan negara ketika ini bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata Malaysia telah dapat mengatasi risiko jangkitan COVID-19 pada kadar yang membanggakan sehingga tempoh sebelum berakhirnya 2021.

Menurutnya, ia hasil daripada polisi kerajaan dalam melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik yang menjadi ancaman global sejak beberapa tahun lalu.

“Proses vaksinasi ini berjalan dengan lancar dan kita menjadi salah satu negara yang terbaik di dalam dunia dalam memberikan vaksinasi kepada rakyat kita.

“Lebih daripada 98 peratus rakyat kita divaksinasi dua dos dan sekarang ini dalam peringkat untuk penggalak.

“Saya percaya apabila rakyat mendapat dua dos dan tambahan lagi dengan dos penggalak, kita tak perlu bimbang lagi dari segi kerajaan untuk menutup sektor ekonomi dan juga menyekat pergerakan rakyat,” kata Ismail Sabri.

Tambahnya, kerajaan komited dan kekal dengan keputusan untuk tidak lagi mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi tadi.

-Awani

Tags: Buka Sektor Pelancongan AntarabangsaMalaysiaPertimbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Menerusi...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd