• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Balas Kritikan , Malaysia Tak Boleh Ikut Cara China

oleh AK-47
09/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membalas kritikan dilontarkan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, terhadap beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengendalikan pandemik COVID-19 di negara ini.

Dalam penjelasannya, Khairy mengakui pendekatan China seperti dibangkitkan King Sing, berkesan dalam mengawal penularan COVID-19, namun strategi negara itu adalah pembendungan atau sifar COVID, bermaksud sekatan pergerakan dibuat sepenuhnya walaupun hanya ada tiga kes positif.

Namun, beliau menegaskan yang Malaysia tidak mampu melaksanakan pendekatan sama seperti dilaksanakan China berikutan kekangan ekonomi dan aspek kebajikan rakyat.

“Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk ‘lockdown’. Strategi kita adalah mitigasi.

“Ini bermaksud, kita mengurus kes positif dengan berkesan, meningkatkan vaksinasi, jaga prosedur operasi standard (SOP), #TRIIS (test, report, inform, isolate and seek) agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan kemasukan ke hospital menurun,” kata Khairy melalui Twitternya, hari ini.

Dalam ciapannya juga, Khairy mempertahankan Dr Noor Hisham dalam menggalas tanggungjawabnya.

“Dr Noor Hisham mendapat sokongan penuh daripada saya untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,” tegasnya.

Sebelum ini, King Sing mempersoalkan sama ada Khairy mempunyai strategi jelas untuk berdepan dengan senario terburuk, selain memuji pendekatan yang dilaksanakan China dalam menangani wabak itu.

Beliau turut mempersoalkan kelayakan Dr Noor Hisham, sama ada beliau ialah individu terbaik untuk menerajui usaha negara memerangi varian Omicron kerana Dr Noor Hisham dikatakan ialah seorang pakar bedah dan bukan pakar kesihatan awam.

Kritikan King Sing terhadap KKM bukan perkara baru, kerana pada November 2020, beliau pernah mengkritik Dr Noor Hisham ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat apabila menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu ‘takut mati’ kerana gagal turun padang khususnya ke Sabah ketika pandemik COVID-19 sedang menular, selain hanya mencari publisiti menerusi sidang media yang dikendalikan setiap hari.

Beliau bagaimanapun kemudian memohon maaf atas kenyataannya itu, selepas didesak banyak pihak terutama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

-Berita Harian

Tags: Cara ChinaCovid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd