• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Solidariti 2022-2023 Bebaskan Palestin Dilancar

oleh Mohd Arshad
06/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semalam bersama beberapa pertubuhan yang lain melancarkan kempen dua tahun 2022-2023 mendukung perjuangan pembebasan Palestin.

Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid berkata, seramai 50 peserta dari Malaysia, Thailand, Pakistan, Palestine, Indonesia, Filipina dan India terlibat dalam pelancaran yang diadakan dalam satu bengkel hari ini.

Katanya, bengkel tersebut merumuskan gerak kerja kempen yang meliputi kegiatan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

“Sasaran 2022-2023 adalah untuk kempen pembebasan Gaza, menekan Israel hentikan perampasan tanah dan pendudukan penempatan haram Yahudi, selamatkan Masjid Al-Aqsa dan pembebasan tahanan Palestin .

“Bengkel telah bersepakat mewujudkan sebuah sekretariat untuk menyelaraskan gerak kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bengkel di peringkat serantau itu dianjur oleh Mapim, International Insititute of Advance Islamic Studies (IAIS), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Islam (SHURA) dan Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR) secara hibrid.

Wakil Palestin dari Baitulmaqdis yang juga ketua Pendidikan Islam di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Najih Bkeirat telah menyampaikan ucaputama melalui rakaman dari Baitulmaqdis, manakala bengkel dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas IAIS, Prof. Datuk Mohammad Hashim Kamali.

Bengkel itu merumuskan gerak kerja kempen meliputi lobi kepada Parlimen, seminar dan persidangan, jelajah ke masjid, boikot serta mobilisasi massa.

Menurut Azmi, penegasan untuk menolak normalisasi dengan Israel juga telah ditetapkan termasuk juga menuntut kerajaan Malaysia agar konsisten menolak kebenaran mana-mana warga Israel untuk masuk Malaysia.

“Suatu kesepakatan telah dirumuskan supaya jaringan antarabangsa di peringkat serantau diwjudkan agar kesatuan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen untuk Palestin diperkukuhkan.

“Lobi kepada kerajaan dan ahli Parlimen juga akan digerakkan untuk menekan israel agar menghentikan polisi apartheid Israel ke atas warga Palestin,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Palestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd