• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Bangunkan Sistem e-Locker – Hamzah

oleh Mohd Arshad
13/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membangunkan satu sistem baharu iaitu e-Locker bagi menambah baik sistem pengurusan warga asing agar lebih berkesan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata inisiatif itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada penggunaan data raya secara optimum dalam pengurusan warga asing sekali gus bagi menangani isu pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata sistem berkenaan telah diperkenalkan di beberapa negara antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India.

“Pembangunan sistem ini akan memberi manfaat kepada kerajaan, negara sumber, majikan danpekerja asing apabila dokumen pekerja asing seperti pasport, visa dan pas bekerja boleh diakses secara digital,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks KDN, di sini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata KDN juga terus komited dalam meningkatkan ketelusan proses pemerolehan kewarganegaraan bagi pemohon yang layak berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata usaha untuk mengarusperdanakan pendigitalan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat juga akan diteruskan oleh kementeriannya bagi tahun ini menerusi pembangunan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan Identiti Digital Nasional (IDN).

Sementara itu, Hamzah berkata KDN kini sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

“NAPPCVE ini bersifat holistik dan mengambil kira faktor kepelbagaian agama, kaum dan budaya di Malaysia serta melibatkan semua pemegang taruh dan pihak-pihak berkepentingan daripada sektor awam mahupun swasta,” katanya.

Beliau memaklumkan kementeriannya juga memberi fokus pada aspek pengurusan pertubuhan di Malaysia dengan dana peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta di bawah program Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICe).

“Dana di bawah program itu adalah untuk dimanfaatkan oleh 2,000 pertubuhan di bawah kategori kebajikan, hak asasi dan keselamatan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM),” katanya.

Selain itu, akta perundangan seperti Akta Penjara 1995, Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dan Akta Agensi Persendirian 1971 dan prosedur operasi standard (SOP) juga akan diteliti semula oleh KDN agar sentiasa relevan dalam memastikan pelaksanaannya kekal efisien dan sistematik.

Mengulas mengenai pencapaian KDN pada 2021, Hamzah menzahirkan rasa bangga susulan kejayaan dicapai kementeriannya selari dengan matlamat Aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lepas.

“Saya bangga dengan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari yang mana KDN telah capai 100 peratus inisiatif yang disasarkan. Pencapaian KPI kita secara keseluruhan bagi 2021 adalah 95.3 peratus. Syabas kepada semua warga KDN,” katanya.

-Awani

Tags: e-LockerKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd