• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Pelan Saliran Bagi Elak Bencana Banjir

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pemaju di setiap projek pembangunan perlu mengemukakan pelan saliran untuk mendapatkan kelulusan kerja di sesuatu kawasan.

Ia termasuk rekabentuk cadangan parit dan saliran yang mencukupi kapasitinya sehingga ke titik perlepasan terakhir yang dapat menampung isipadu aliran daripada hujan yang bermusim.

Jurutera, Ir Ellias Saidin berkata, dalam kaedah biasa, kiraan juga sudah dibuat bagi memastikan tidak berlaku limpahan air yang luar biasa sehingga menjejaskan persekitaran.

Katanya, ia bagi memastikan tidak berlaku lebihan kapasiti saliran dan kolam tadahan sedia ada.

“Ada yang kata pihak tertentu membenarkan air disalirkan ke kolam tadahan di Sri Muda yang mungkin hanya mencukupi untuk aliran dari kawasan itu saja, kita pun tidak tahu apakah itu betul atau tidak.

“Cuma kita perlu melihat faktor lain juga antaranya jumlah hujan yang tinggi serta persekitaran selain keadaan alat-alat pam,” katanya yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan lebih 30 tahun.

Sebelum ini, tular di media sosial mengatakan sistem saliran di sekitar Taman Sri Muda yang dibina selepas banjir besar sebelum ini tidak berfungsi.

Ia menyebabkan penduduk di kawasan itu meminta pihak berwajib melakukan sesuatu bagi mengelakkan berlaku lagi bencana sama pada masa depan.

Ellias berkata, setiap reka bentuk mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan ia selamat dan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pembinaan akan berpandukan dari kajian analisis faedah kos jenis pembangunan. Jadi bila berlaku fenomena hujan lebat, kesan dari banjir akan diambil kira supaya tidak merumitkan dan menimbulkan keadaan bahaya nyawa dan harta benda.

“Di pihak perunding, mungkin mereka memberikan dua atau tiga cadangan berserta kos, jadi terpulang kepada pihak pemaju untuk pilih dan mendapat kelulusan dari kerajaan tempatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BanjirPelan Saliran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cheng Hoe Letak Jawatan

Next Post

Letak SPRM Di Bawah Parlimen

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Letak SPRM Di Bawah Parlimen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd