• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cheng Hoe Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menjelaskan Cheng Hoe sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasrat itu berikutan kegagalan Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Katanya, selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan berkenaan dan bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya sudah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Skuad Harimau Malaya tersingkir awal dari Piala Suzuki AFF 2020 selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan B, sekali gus gagal mencapai sasaran yang ditetapkan untuk layak ke final.

-Berita Harian

Tags: Cheng Hoeletak jawatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laluan Berhampiran Jeram Toi Masih Selamat

Next Post

Kaji Pelan Saliran Bagi Elak Bencana Banjir

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

08/06/2024
0

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo...

Next Post

Kaji Pelan Saliran Bagi Elak Bencana Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd