• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

i-Guru Gesa Serap Guru Interim Ke Jawatan Tetap

oleh AK-47
19/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi keutamaan kepada guru interim terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap demi kelangsungan sistem pendidikan negara.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya menerima pelbagai aduan dan mendapat banyak maklum balas berkaitan kedudukan guru interim seperti mana yang hangat diperbincangkan di media sosial.

“Setakat ini kami mendapati tiada kepastian terhadap kedudukan guru interim walaupun mereka sudah lengkap dengan pengalaman dan latihan tetapi kontrak mereka tidak dilanjutkan,” katanya hari ini.

Beliau mengulas isu guru interim susulan ciapan di Twitter oleh seorang Guru Interim Bahasa Inggeris yang memohon penjelasan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkenaan isu penamatan kontrak Guru Interim Bahasa Inggeris DC41 ambilan 2019 pada 21 April ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menerusi Presidennya Aminuddin Awang, turut melahirkan rasa kecewa jika dakwaan guru interim ditamatkan kontrak dan menggesa KPM menyelesaikan segera isu berkenaan dengan baik.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata, guru Interim adalah guru sandaran berstatus DC41 yang ditempatkan di sekolah bagi menampung kekurangan guru di negara ini.

Menurutnya, mereka ditawarkan kontrak oleh KPM untuk mengajar dan pada masa yang sama perlu mengikuti latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Mereka mendapat hampir keseluruhan keistimewaan sebagai penjawat awam guru (DG) kecuali beberapa aspek seperti elaun perumahan, cuti bersalin dan sebagainya.

“Namun, apa yang menyedihkan ialah ketika ini ramai guru interim tidak dilanjutkan kontrak meskipun mereka telah menamatkan latihan ikhtisas masing-masing.

“Ketidakpastian ini menjadi kebimbangan terhadap nasib dan masa depan guru interim yang boleh menjejaskan sistem pendidikan negara,” katanya.

Mohd Azizee berkata, walaupun Radzi sudah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) namun tidak ada satu jaminan yang konkrit diberikan oleh beliau dan SPP terhadap isu berkenaan.

Katanya, langkah pengambilan guru baharu seramai 18,000 orang adalah satu tindakan yang baik, namun ia perlu diselaraskan secara komprehensif supaya tidak timbul isu lain terutama berkaitan penempatan sebagai guru tetap.

“Justeru, i-Guru berharap KPM dapat mengambil langkah proaktif dan konstruktif untuk menyelesaikan nasib guru interim demi kelangsungan sistem pendidikan negara terutama dalam membina dan melahirkan pelajar yang cerdas serta cerdik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Guru Interimi-Gurujawatan tetap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Berita Baik Buat Jururawat Kontrak Dan Jawatan Tetap’ – KJ

‘Berita Baik Buat Jururawat Kontrak Dan Jawatan Tetap’ – KJ

22/09/2022
0

JOHOR BAHRU : Seramai 1,136 Jururawat Gred U29 Kontrak, keluaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 2,804 jururawat swasta...

I-Guru Pertimbang Rayuan Keputusan Sekolah Vernakular Sah

30/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk peguam sebelum mempertimbangkan untuk membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd