• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Kawalan, Treler Rempuh 8 Kenderaan Di Lebuhraya Karak

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG : Tidak sampai 24 jam berlaku kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa sekeluarga yang melibatkan dua buah kenderaan di KM 2, Jalan Lebu – Mempaga semalam, berlaku lagi kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang hampir 20.5 kilometer dari MRR2 ke Bukit Tinggi Bentong.

Akibat hilang kawalan sebuah lori treler jenis Volvo telah merempuh lapan buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak pada pukul 9.30 pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Noor, hasil siasatan mendapati lori treler itu yang dipandu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 42 tahun yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Kuantan telah merempuh lapan kenderaan di hadapannya.

Kenderaan terbabit ialah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, 5 buah kereta jenis Perodua Axia, Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Bagaimanapun, pemandu lori treler tersebut mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan kanan dan dahi manakala pemandu-pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aliran trafik yang sesak selama tiga jam di lebuhraya berkenaan kembali normal menjelang pukul 1 tengah hari.

Tambah Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM4,000 ringgit dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

Pihak polis juga memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

-Awani

Tags: Lebuhraya KarakrempuhTreler Hilang Kawalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

02/03/2025
0

BACHOK: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan pikap dan motosikal di Jalan Kampung Teluk-Kemudi di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd