• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filipina Beli Sistem Peluru Berpandu Dari India

oleh Mohd Arshad
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA: Filipina memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan sistem peluru berpandu anti-kapal dari pantai buatan India dengan kos hampir $375 juta (RM1.5 bilion) untuk meningkatkan keupayaan tentera lautnya.

Setiausaha Kementerian Pertahanan, Delfin Lorenzana, berkata Filipina kini berada pada peringkat akhir membabitkan projek lima tahun bernilai 300 bilion peso (RM24 bilion).

“Ia adalah untuk memodenkan perkakas usang tenteranya termasuk kapal perang dari Perang Dunia kedua dan helikopter yang digunakan oleh AS ketika Perang Vietnam.

“Di bawah rundingan dengan kerajaan India, Brahmos Aerospace Private Ltd dijadual membekalkan tiga bateri, operator kereta api dan penyelenggaraan selain menyediakan sokongan logistik bagi pembelian ini.

“Ia dimuktamadkan sebelum ini pada 2017, namun menghadapi kelewatan atas isu peruntukan kewangan dan pandemik COVID-19,” katanya.

Sistem anti-kapal baharu itu bertujuan untuk menghalang kapal asing daripada menceroboh zon ekonomi eksklusif di merangkumi 200 batu nautika negara.

Pada 2018, Filipina membeli peluru berpandu Spike ER buatan Israel, yang pertama membabitkan sistem peluru berpandu bawaan kapal untuk pertahanan maritim.

Walaupun China dan Filipina mempunyai hubungan lebih mesra di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte, Beijing tetap bertegas menuntut sebahagian besar Laut China Selatan, iaitu laluan perdagangan melebihi $3.4 trilion (RM14 trilion) setiap tahun.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mengemukakan tuntutan bertindih di perairan Laut China Selatan.

Namun, menurut keputusan timbang tara antarabangsa pada 2016, tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.

BHonline-

Tags: Brahmos Aerospace Private LtdFilipinaIndiasistem peluru berpandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd