Sample Page Title

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menyerahkan laporan lengkap berhubung prestasi skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2020, kepada ketua badan siasatan bebas, Datuk Dell Akbar Khan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, laporan berkenaan telah diserahkan kepada Dell Akbar pada Sabtu dalam usaha memastikan bedah siasat itu dapat dimulakan segera.

“Kita telah pun serahkan laporan berkenaan kepada Datuk Dell Akbar semalam (Sabtu). Kita juga hantar semua laporan untuk dia baca.

“Selain itu, laporan berkenaan turut dihantar kepada ahli-ahli badan siasatan bebas yang berkaitan juga.

“Jadi badan siasatan bebas ini perlu mengadakan mesyuarat pertama untuk kaji laporan yang diserahkan kepada mereka itu,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada Jumaat, FAM mengumumkan penubuhan badan siasatan bebas pasukan Harimau Malaya yang dianggotai individu-individu dari luar badan induk berkenaan bagi tujuan mengadakan bedah siasat terhadap laporan prestasi skuad kebangsaan di Singapura, Disember lalu.

Sehubungan itu, FAM turut melantik bekas pemain kebangsaan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan, untuk mengetuai badan siasatan bebas berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Saifuddin berkata, FAM turut mencadangkan beberapa individu bagi tujuan membantunya ketika melakukan bedah siasat berkenaan.


“Kita turut cadangkan kepada dia, beberapa individu untuk membantu dan dia pun bersetuju malah dia juga ada bagi cadangan beberapa individu.

“Setakat ini kita tak boleh dedahkan tetapi pada mesyuarat pertama nanti kita akan beritahu juga. Cuma yang pasti, mereka ini bukan dalam kalangan orang yang menganggotai jawatankuasa atau exco,” katanya.

Sementara itu, Dell Akbar menerusi satu kenyataan media pada Ahad mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

“Saya sudah terima laporan pengurusan pasukan kebangsaan dan laporan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe daripada Setiausaha Agung FAM.

“Saya juga sudah mengenal pasti anggota badan bebas ini dan surat pelantikan sudah dikeluarkan oleh FAM. Badan bebas ini akan bersidang secepat mungkin memandangkan isu ini menuntut kesegeraan,” katanya.

-Awani

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Jumpa Bom Lama Di Tapak Projek ECRL

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc yang ditemui di...

Harga Siling Runcit Minyak Masak Botol Ditetapkan Selama Sebulan

PETALING JAYA – Harga siling minyak masak tulen kemasan botol bermula 1 kilogram (kg)...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga...

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat...

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...