Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Ibu, Anak & Menantu...

KOTA TINGGI - Seorang ibu tunggal, tiga anak dan seorang menantu perempuannya dijatuhi...

Orang Muda Bersama BN...

InsyaAllah orang muda akan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Wanita Melayu Pertama Bakal...

SINGAPURA - Selepas 47 tahun, individu Melayu akhirnya bakal mengisi jawatan presiden republik...

PRU-15 Persiapkan Malaysia Hadapi...

Kajian Bloomberg Markets Live sehingga 1 April lalu turut meramalkan dunia akan mengalami...

China Hukum Pegawai Selepas Wanita Keguguran Di Luar Hospital

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi’an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan, keguguran selepas menghalang mangsa memasuki premis berkenaan kerana tidak menjalani ujian saringan COVID-19 dikenakan tindakan.

Pihak berkuasa tempatan bandar itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden yang berlaku di Hospital Xi’an Gaoxin itu menimbulkan kebimbangan serta impak sosial yang buruk.

Menurut kenyataan itu lagi, selain siasatan sedang dijalankan oleh biro kesihatan tempatan, Pengarah Urusan hospital berkenaan dikenakan tindakan gantung kerja manakala kakitangan yang bertanggungjawab di jabatan pesakit luar hospital itu sudah disingkirkan daripada jawatannya.

Malah, hospital terbabit diarah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Insiden terbabit berlaku pada 1 Januari lalu selepas rakaman video serta gambar kejadian yang diambil oleh anak saudara mangsa tersebar di media sosial, memaparkan wanita terbabit duduk di kerusi plastik di luar perkarangan hospital berkenaan sambil dipenuhi darah.

Biarpun video serta gambar kejadian dibuang daripada media sosial, rakaman yang tersebar sebelum ini mendapat hampir 600 juta tontonan dalam tempoh beberapa jam sehingga mengundang kemarahan orang ramai.


Berdasarkan status yang dimuat naik anak saudaranya itu, kakitangan hospital terbabit dilihat enggan membenarkan mangsa yang sarat mengandung masuk ke dalam premis selama dua jam kerana wanita berkenaan tidak menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 48 jam.

Malah, anak saudara mangsa memaklumkan keputusan ujian saringan COVID-19 wanita itu baharu sahaja tamat tempoh beberapa jam sebelum insiden terbabit berlaku.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan Xi’an sudah membuka laluan hijau bagi menyediakan akses segera kepada beberapa kumpulan seperti wanita mengandung serta pesakit yang mempunyai penyakit kritikal untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Langkah itu diambil selepas seorang lagi wanita memberitahu bahawa ayahnya meninggal dunia pada Isnin lalu apabila beberapa hospital enggan melakukan rawatan disebabkan peraturan berkaitan pandemik.Xi’an bandar yang memiliki seramai 13 juta penduduk kini menjalani perintah berkurung selama dua minggu bagi mengekang penularan COVID-19, sejajar dengan strategi ‘sifar COVID-19’ Beijing.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori