• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Sedia Tambah Anggota Di PRN Johor

oleh AK-47
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menambah jumlah penugasan anggotanya di Johor bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti dapat berjalan lancar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, ia bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi PRN Johor dalam normal baharu.

“Saya sendiri sudah bercakap dengan Ketua Polis Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat) bukan saja mengenai persediaan tetapi juga jumlah keanggotaan. Sekiranya tidak mencukupi, Bukit Aman akan bantu.

“Segala persiapan mengatur gerak akan ditentukan oleh pihak kontinjen Johor melalui ketua polisnya sendiri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Mat Kassim Karim, Pengerusi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh PRN, Razarudin berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan termasuk jumlah pengundi yang ditetapkan bagi setiap saluran.

Pada Sabtu lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Ia selepas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menghadap baginda di Istana Bukit Serene bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN.

-Harian Metro

Tags: Bukit AmanpolisPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd