Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Wanita Berjaya Selamatkan Diri...

SEORANG wanita dari Engkilili, Sarawak berjaya menyelamatkan diri daripada dibaham buaya di Sungai...

PRU15 Peluang Terbaik Tamatkan...

SIBU - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti...

Seorang Daripada 3 Anggota...

KUANTAN - Seorang daripada tiga anggota tentera yang cedera selepas trak mereka terbalik...

Butik Mohon Maaf, Harris...

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa...

BERSATU Johor Adakan Mesyuarat PRN Dalam Masa Terdekat

JOHOR BAHRU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat, bagi membincangkan secara terperinci Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata mesyuarat berkenaan akan disertai semua 26 ketua bahagiannya selain jentera pilihan raya negeri.

“BERSATU Johor pimpinan Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden parti, akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci PRN Johor yang bakal diadakan.

“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama PAS dan GERAKAN selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN berkuat kuasa semalam, bagi memberi laluan kepada PRN, diadakan.


Ia selepas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, diperkenan menghadap Sultan Johor bagi memaklumkan sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN, di Istana Bukit Serene petang semalam.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin berkata, BERSATU Johor menjunjung kasih dan mengambil maklum pembubaran DUN Johor yang telah mendapat perkenan daripada Sultan Ibrahim bagi memberi laluan PRN Johor untuk diadakan.

“Sebagai sebuah parti berdaftar, BERSATU Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“BERSATU Johor sentiasa meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori