• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Berhenti Malukan Diri, PAS Terdesak Mengejar UMNO’

oleh AK-47
28/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pas perlu berhenti memalukan diri sendiri dengan terus menagih simpati dan seperti ‘gila talak’ untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu hanya menunjukkan Pas seperti terhegeh-hegeh selain menyifatkan parti itu sudah hilang arah selepas mempunyai dua ‘suami’ dalam perkahwinan berbeza.

“Sudah-sudahlah Pas, drama ini sudah boleh dihentikan, itu masalahnya bila kahwin dua, tiada pendirian, bila mereka sudah merasa gagal dapat kerusi DUN ketika bersama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka, mereka ratib pula mahu bersama UMNO untuk PRN di Johor.

“Saya rasa jika benar UMNO mahu beri mereka peluang, sudah lama kita berbincang untuk kerjasama ini (PRN Johor), jadi saya mahu nasihatkan terimalah suratan takdir.

“Jika menyebut soal pendirian, saya rasa Pas sendiri sudah memilih siapa yang mereka mahu bersama dan PRN Melaka bukti mereka tolak untuk bekerjasama dan mahu melawan UMNO,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin menyatakan masih ada masa lagi untuk parti dan UMNO untuk mengadakan rundingan bekerjasama pada PRN Johor.

Beliau berkata, ia berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 9 Februari depan.

Nur Jazlan berkata, daripada apa yang berlaku, Pas juga dilihat terus menterjemah sikap tidak ikhlas dalam perjuangan partinya apabila terus mengejar UMNO dan meninggalkan Bersatu yang merupakan rakan komponen sah dalam PN.

Ujar beliau, ketika Pas Johor sibuk mahu masuk ikut pintu belakang UMNO, Pas Pusat pula terus berunding bersama Bersatu yang mana dilihat begitu bertentangan dengan apa mahu diperjuangkan.

“Kita kalau mahu lihat perjuangan itu ikhlas atau tidak sudah boleh nampak, mereka sibuk dengan Muafakat Nasional (MN), sepatutnya ia tidak perlu kerana itu hanya gagasan berdasarkan persetujuan, berbeza dengan PN yang mereka memang gunakan logo ketika di Melaka.

“Saya tidak mahu ulas banyak mengenai perkara ini, kita sudah boleh menilai dan mengapa perlu kita ambil pihak begini, jika selepas ini ditakdirkan kita jatuh, mereka mahu lari lagi. Kita sudah masak dengan perangai Pas ni,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: PASPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd