Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Doktor Pelatih Gagal Tamatkan...

PETALING JAYA - Seorang daripada setiap lima doktor pelatih di Malaysia berhenti setiap...

Video: Tabung Derma Dicuri...

SATU video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang lelaki mencuri tabung...

“Muhyiddin Khianati Saya” –...

PAKATAN Harapan (PH) akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan Tan...

Surat Buat 3 PM...

TERBONGKAR... Ketika Pakatan Harapan perbesar imej Tun Mahathir Mohamad konon berjuang isu Palestin,...

Berehatlah Tun Mahathir

Simpati terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan.

Sebagai seorang muslim seharusnya mendoakan kesihatan dan keselamatan saudara seagama walau apa dan siapa pun mereka.

Kebetulan Tun Mahathir dimasukkan ke IJN selepas menulis pelbagai kata-kata tidak baik ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terima kasih mantan Perdana Menteri ke-6 kerana tetap mendoakan Tun Mahathir selepas apa yang dikatakan terhadapnya.

Semoga selepas apa yang Tun Mahathir alami ini menjadi asbab kepada beliau untuk lebih banyak berehat demi kesihatan diri.

Pada usia 96 tahun adalah lebih bermanfaat buat Tun Mahathir meluangkan masanya dengan beramal dan beribadat.

Begitu juga meluangkan lebih masa untuk bersama keluarga selepas terlalu lama bergelumang dalam dunia politik yang tiada penghujungnya.


Pandangan ini bukan memandang rendah kemampuan Tun Mahathir untuk terus berpolitik, tetapi atas dasar empati sesama insan.

Berbaki empat tahun sebelum mencecah usia 100 tahun, Tun Mahathir tidak patut dibebani dengan hal-hal politik orang sekelilingnya.

Biarlah Tun Mahathir berehat sehabis baik kerana beliau berhak untuk mengawasi kesihatan dirinya dengan lebih sempurna.

Dan seterusnya dapat melupakan apa sahaja urusan duniawi yang memenatkan termasuk perasaan tidak puas hati dan amarah.

Semoga Allah S.W.T memberi kesembuhan segera kepada Tun Mahathir dan kembali sihat untuk menjadi umatnya yang lebih beriman.

InsyaAllah…

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori