• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kota Marudu: Air Mula Surut, Mangsa Di PPS Kekal 504 Orang

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU: Paras air banjir di sini mula surut petang ini namun jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 504 orang setakat jam 4 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) memaklumkan jumlah mangsa yang terkesan kekal 504 orang setakat jam 4 petang tadi.

Kesemua mangsa banjir membabitkan 167 ketua isi rumah (KIR) ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

“Seramai 251 mangsa ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan, membabitkan 70 KIR manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 KIR,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi pemantauan masih dijalankan dari semasa ke semasa.

“Pasukan pemantau masih menjalankan pemantauan kampung-kampung yang telah dinaiki air.

“Hasil tinjauan mendapati keadaan paras air mula surut dan masih dalam kawalan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Hujan berterusan sejak awal pagi semalam telah mengakibatkan enam kampung di Kota Marudu dinaiki air dan banjir gelombang kedua telah diiytiharkan di daerah ini.

Awani-

Tags: BanjirKota MaruduPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd