• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 987 Lokasi Terjejas Dibaik Pulih Babit Kos RM1.4 Bilion

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM1.4 bilion bagi kerja membaik pulih infrastruktur kritikal membabitkan 987 lokasi jalan rosak, jambatan runtuh dan runtuhan cerun yang terjejas susulan bencana banjir di seluruh negara setakat ini.

Lokasi berkenaan membabitkan cerun runtuh 449 lokasi, banjir (443), banjir kilat (62), jalan runtuh (23), jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh masing-masing dengan lima lokasi.

Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata daripada jumlah itu sebanyak 928 telah selesai kerja pembersihan dan dibuka untuk laluan sekurang-kurangnya satu lorong setakat hari ini.

“Jangkaan siap bergantung pada tahap kerosakan, fokus kami adalah jalan kritikal, kami akan pastikan jalan terputus itu akan dapat dilalui… jambatan dan cerun mungkin akan ambil masa untuk disiapkan berbanding jalan raya.

“Kami dah mulakan serta-merta selepas banjir reda dan ada jalan yang dah siap bulan ini, selain itu ada juga yang ambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan insya-Allah, dalam tahun ini kami usaha untuk siapkan semua,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jambatan Kampung Bemban yang terjejas banjir di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja pembaikan infrastruktur terbabit turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi dan kementerian termasuk kementerian Pembangunan Luar Bandar serta kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata di Negeri Sembilan pula sebanyak 67 daripada 75 lokasi jalan, jambatan dan cerun telah pun selesai dibersihkan membabitkan keseluruhan kos berjumlah RM72.9 juta dengan kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2022.

“Kerja pemasangan Jambatan Bailey sepanjang 18 meter merentasi Sungai Bemban di sini juga sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada 21 Januari ini, jadi kami harap dengan adanya jambatan ini, satu-satunya jalan perhubungan kampung ini dapat dilalui,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerja pembersihan runtuhan tanah di Jalan Jeram Toi di sini telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM1 juta untuk kerja pembaikan jalan dan pembetungan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini termasuk lokasi lain yang terjejas akibat banjir di seluruh negeri ini.

Bernama-

Tags: BanjirKKRlokasi terjejas banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd