• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APSF Beri Indon Kebenaran Tuan Rumah Sukan Para ASEAN Tetapi Bersyarat

oleh AK-47
16/01/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN ke-11 (APG) selepas Vietnam membuat keputusan menangguhkan temasya sukan itu tahun lepas atas alasan pandemik COVID-19.

Indonesia telah mencadangkan agar APG itu diadakan di Solo (Surakarta) dari 20 hingga 31 Julai tahun ini dan menawarkan 13 acara di pelbagai venue sekitar bandar Jawa Tengah di mana berlangsungnya edisi keenam sukan berkenaan pada 2011.

Bagaimanapun, APSF menyatakan bahawa kebenaran itu adalah bersyarat dan tertakluk kepada Indonesia dikeluarkan daripada sekatan yang dikenakan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) susulan ‘ketidakpatuhan’ dalam melaksanakan program ujian secara berkesan.

Menurut APSF, dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung secara maya Jumaat dan dihadiri wakil lapan negara termasuk Malaysia, majoriti Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) setuju dengan permohonan Indonesia untuk menjadi hos alternatif sukan itu.

Indonesia dibenar menganjurkan temasya sukan itu selepas enam negara mengundi menyokong manakala satu menentang. Singapura dan Brunei tidak hadir manakala Indonesia, sebagai pihak berkepentingan, dikecualikan daripada proses undian.

Presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai berkata meskipun isu komitmen kerajaan, sokongan dan pembiayaan telah selesai, Indonesia kini mempunyai tempoh sebulan hingga 15 Feb untuk meyakinkan WADA agar menarik balik sekatan.

“BoG akan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Feb untuk membincang dan memastikan bahawa semya syarat termasuk prosedur COVID-19 yang ketat dipenuhi sebelum secara rasmi mengumumkan Indonesia sebagai tuan rumah APG ke-11,” menurutnya dalam satu kenyataan.

-Awani

Tags: IndonesiaSukan Para ASEANsyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd