Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Jumpa Di Dasar Laut

BUENOS AIRES - Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan...

Polis Cari Lelaki Tipu...

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan...

Awas Scammer Curi Duit...

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan...

Jemaah Malaysia Bergerak Ke...

MAKKAH - Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia akan menyertai lebih dua juta umat...

Airbus Berdepan Saman Tindakan Kelas Di Belanda

AMSTERDAM: Sekumpulan peguam yang dikatakan mewakili ‘lebih 100’ pelabur institusi, memfailkan saman tindakan kelas terhadap Airbus di mahkamah Belanda dengan mendakwa mereka kerugian sekurang-kurang 300 juta euro (RM1.4 bilion) akibat salah laku syarikat itu.

Saman itu difailkan oleh Yayasan bagi Pampasan Kerugian Pelabur pada 3 Januari lalu di Mahkamah Daerah The Hague, dengan mendakwa pelabur terbabit mengalami kerugian selepas membeli saham Airbus SE pada harga lebih tinggi disebabkan ia menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan rasuah dalam syarikat berkenaan.

Saman itu turut menamakan akauntan, KMPG dan Ernst & Young, sebagai defendan.

Jurucakap Airbus yang mendedahkan syarikat itu berdepan tuntutan sivil di Belanda dalam laporan pendapatannya bagi suku ketiga 2021, berkata syarikat berkenaan tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung litigasi yang sedang berjalan.

Dalam laporan pendapatannya, Airbus berkata, syarikat itu percaya mempunyai ‘asas kukuh untuk mempertahankan diri atas dakwaan terbabit.’

KMPG dan Ernst & Young tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk komen, setakat ini.


Akhbar Belanda, Het Financieele Dagblad, kali pertama melaporkan saman difailkan terhadap Airbus yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis, dan ibu pejabat berdaftar di Leiden, Belanda.

“Lebih 100 pelabur institusi sudah menyertai yayasan ini, dan jumlah itu dijangka meningkat.

“Jumlah kerugian ditanggung oleh peserta ketika ini ialah kira-kira 300 juta euro, dan ia akan meningkat sekiranya bilangan peserta bertambah nanti,” menurut saman itu.

Wakil defendan diminta hadir ke mahkamah pada 6 April depan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori