• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Tak Tanding DUN

oleh Mohd Arshad
28/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau akan memberikan tumpuan membantu jentera Barisan Nasional ( BN) dan UMNO pada PRN Johor.

Antaranya, beliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut yang akan ditandingi Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

“Jika dicari dalam kertas undi pada PRN Johor, nama saya tiada. Jadi dalam erti kata lain, saya mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN di Pontian, iaitu DUN Pulai Sebatang atau Benut.

“Namun. saya tetap akan bantu Hasni yang juga Ketua Bahagian UMNO Pontian dan Menteri Besar Johor untuk dicalonkan semula di DUN Benut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan Tahun Baru Cina di DUN Benut di sini, hari ini.

Ahmad mengulas khabar angin mendakwa beliau bakal bertanding di DUN Pulai Sebatang pada PRN Johor, nanti.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, beliau ditugaskan melakukan tinjauan ke 56 DUN di Johor bermula hari ini, bagi mengadakan pertemuan tertutup dengan akar umbi UMNO.

“Saya akan turun ke semua 56 DUN bagi mengerakkan jentera dan memastikan ia berjalan lancar. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pula akan memastikan kelancaran bilik gerakan UMNO dan BN Johor.

“Saya bertemu akar umbi bagi mendengar suara hati mereka, sebelum dapatan itu disampaikan terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Hasni.

“UMNO dan BN mahu tawan semula kerusi yang kita kalah sebelum ini, termasuk DUN Pulai Sebatang selain memastikan kemenangan di kerusi yang disandang.

“Saya harapkan jentera pilihan raya akan terus bekerja bagi memastikan kemenangan di semua 56 kerusi,” katanya.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Ahmad MaslanDUNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

15/11/2025
0

KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd