• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Dalang Punca ADUN Keluar BERSATU

oleh AK-47
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor mengesyaki ada parti politik tertentu menjadi dalang berhubung tindakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) gabungan itu yang mengumumkan keluar parti, sejak Khamis lalu.

Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri, berkata tindakan berkenaan dipercayai untuk menjejaskan kewibawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“PN percaya ada parti politik tertentu menyediakan naratif berhubung tindakan beberapa ADUN BERSATU, termasuk ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad, yang keluar parti semalam.

“Kita percaya ia kononnya dengan harapan untuk menjejaskan kewibawaan serta imej PN dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Bagaimanapun, tindakan beberapa ADUN itu tidak memberi kesan kepada BERSATU melainkan ia sekadar memenuhi kehendak pihak yang mempengaruhinya berbuat demikian untuk melemahkan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohd Izhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu mengumumkan keluar BERSATU berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Khamis lalu, Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, juga meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan, yang juga ADUN Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, dilaporkan berkata, beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong kerajaan BN.

Sementara itu, Mohd Solihan, yang juga Ketua Penerangan BERSATU Johor berkata, Mohd Izhar juga cuba merasionalkan tindakan keluar BERSATU dengan memberi pelbagai alasan, termasuk parti sudah hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya.

“BERSATU Johor menyifatkan alasan Mohd Izhar keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga tidak berasas, sebaliknya kerana beliau menganggap PN akan tewas dalam PRN Johor, sekali gus akan kehilangan jawatan EXCO dan lantikan ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.

“Justeru, Mohd Izhar beranggapan dengan keluar BERSATU, peluang untuk menyertai parti tertentu dan kekal menjadi EXCO adalah terbuka walaupun mendakwa tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Larkin mahupun bertanding di mana-mana DUN lain pada PRN Johor kali ini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan dan dakwaan Mohd Izhar itu mencetuskan pelbagai persepsi negatif serta bakal memakan diri beliau sendiri kerana dilakukan ketika DUN sudah dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

-Berita Harian

Tags: adunBERSATUkeluar parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd