• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

36 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak

oleh Mohd Arshad
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Varian COVID-19 Omicron dikesan di empat bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 36.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera, berkata sebahagian besar kes itu membabitkan penularan dalam komuniti.

Menurutnya, varian Omicron mencetuskan kebimbangan kerana amat mudah menular khususnya dalam kalangan masyarakat.

“Justeru semua pihak harus lebih berhati-hati terutama ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti perlu dielakkan bagi mencegah penyebaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan perkembangan penularan COVID-19 bagi

Disember 2021 hingga 11 Januari 2022 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, hari ini.

Sehubungan itu, Dr David turut menasihatkan orang ramai yang belum mendapat suntikan dos penggalak COVID-19 agar mendapatkannya dengan segera.

“Kajian menunjukkan dos penggalak perlu untuk meneutralkan penurunan paras antibodi bagi melindungi daripada jangkitan Omicron.

Sementara itu, beliau berkata Delta kekal sebagai varian dominan pada Disember dengan 212 kes dikesan dan enam kes lagi dikesan bulan ini.

“Pada penghujung Disember, kita mula mengesan lapan kes varian Omicron dengan tujuh adalah kes import dan satu kes tanpa sejarah perjalanan.

“Sehingga kini sebanyak 36 kes Omicron dikesan di Sarawak,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19IHCMSOPvarian omicron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd