• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

164 Laluan Transaksi RFID Sudah Mula Beroperasi

oleh Mohd Arshad
16/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kira-kira 164 laluan yang mempunyai transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) sudah mula beroperasi di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam tadi.

Menurut Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Bin Abdul Aziz, pihak PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.

“Sekurang-kurangnya setiap plaza tol yang berada di jajaran PLUS ini akan ada satu lorong keluar dan satu lorong masuk.

“Tetapi plaza besar seperti plaza tol Jalan Duta kita akan sediakan lebih untuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna lorong RFID,” katanya.

Pengguna lebuh raya yang mahukan teknologi RFID dalam melancarkan perjalanan mereka perlu mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go dan seterusnya wajib aktifkan akaun e-Wallet.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian, tambah PLUS.

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

PLUS juga mensasarkan penggunaan teknologi RFID secara menyeluruh untuk semua kelas kenderaan di masa hadapan.

Ini termasuk pengguna bagi kenderaan bukan persendirian termasuk agensi kerajaan dengan mewujudkan satu akaun khas bagi kategori itu yang dijangka akan diumumkan pada hujung Februari depan.

-Awani

Tags: Laluan RFIDRFID
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24 Pusat Pemasangan RFID Disediakan Di Lebuhraya PLUS

18/04/2022
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS)...

28 Lebuh Raya Mula Laksana RFID

01/03/2022
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 lebuh raya di seluruh negara telah melaksanakan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) setakat ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd