Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Kecam, Haramkan Kemasukan Nurul...

KOTA KINABALU - Kira-kira 200 orang awam dan anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO)...

Setahun Jokowi Jadi Presiden,...

TANGGAL 20 Oktober 2015, genap setahun Joko Widodo menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh...

Konvensyen DAP P.Pinang 2015...

GEORGE TOWN - Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini dicemari oleh...

Kisah Sedih, Isteri Diceraikan...

SEBAK hati kami tatkala membaca perkongsian cerita oleh seorang pegawai perubatan, Mohd Faizal Nor...

24 Pusat Pemasangan RFID Disediakan Di Lebuhraya PLUS

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) yang merupakan sebahagian daripada lebih 60 pusat pemasangan di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut PLUS dalam satu kenyataan, pusat itu dikendalikan oleh pasukan yang berdedikasi dan komited sepenuhnya dalam memasang dan memastikan kadar pengesanan yang tinggi daripada tag RFID pada setiap kenderaan.

“Kami juga ingin menggalakkan pelanggan yang mengalami isu pengesanan tag RFID untuk mengunjungi mana-mana pusat pemasangan terdekat untuk pemeriksaan lanjut bagi membetulkan masalah yang dihadapi berkenaan tag RFID,” katanya.

Sementara itu, PLUS berkata harga jualan tag RFID tidak diputuskan atau dikenakan oleh PLUS dalam apa jua cara dan ia adalah mengikut budi bicara mutlak Touch ‘n Go Sdn Bhd sebagai pemilik produk gerbang pembayaran termasuk kad Touch ‘n Go dan peranti SmartTAG.


“Peranan PLUS adalah daripada aspek pemasangan, integrasi sistem dan operasi pembaca gantri di plaza tol dan mengekalkan standard ISO IEC180000-6C.

“Apabila kami mendapat lebih banyak trafik melalui lorong RFID, kami mengumpul lebih banyak data. Data tambahan ini membolehkan kami untuk terus memperbaiki dan meningkatkan kecekapan sistem sepanjang masa, untuk memberikan pelanggan pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan senarai pusat pemasangan RFID melalui https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori