• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Rugi RM697,000 Ditipu ‘Datuk Suhaimi’

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang juga jurujual kenderaan mendakwa kerugian RM697,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar kononnya Pengarah di Bukit Aman dikenali sebagai ‘Datuk Suhaimi’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin, berkata terdahulu wanita berusia 74 tahun dikatakan menerima panggilan telefon pada 16 Disember lalu, yang mendakwa beliau mendaftar dengan sebuah syarikat dan mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM55,800.

Beliau berkata, talian kemudian disambungkan kononnya ke Bukit Aman sebelum mangsa bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pengarah bernama ‘Datuk Suhaimi’.

Beliau berkata, ‘Datuk Suhaimi’ didakwa kemudian menghantar satu pautan dan mengarahkan mangsa mengisi maklumat peribadi serta butiran perbankan.

“Mangsa dikatakan menekan pautan itu pada telefon bimbitnya sebelum mengisi butiran dan akses perbankan dalam talian ke dua akaun bank tempatan, iaitu milik sendiri serta akaun bersama adiknya.

“Seterusnya, suspek mengarahkan mangsa supaya memindahkan kesemua wang simpanan miliknya ke dalam akaun melalui pautan diberi, atas alasan untuk tujuan siasatan.

“Mangsa menurut arahan itu lalu memindahkan RM312,795.66 ke dalam akaun berkenaan pada 21 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa yang membuat semakan dan kemas kini buku akaun, semalam, mendapati berlaku pengeluaran wang akaunnya kepada pihak tidak dikenali membabitkan jumlah RM697,000.

Susulan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan dan denda.

BHonline-

Tags: Macau Scamwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd