• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Penerima Sinovac Paling Berisiko Tiada Dos Penggalak

oleh Mohd Arshad
01/12/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Warga emas yang melengkapkan dua dos vaksin Sinovac diminta segera mendapatkan dos penggalak berikutan mereka adalah kumpulan paling berisiko dengan kemunculan varian baharu, Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ini kerana Sinovac adalah vaksin yang paling cepat menurun keberkesanannya berbanding vaksin jenis lain.

“Saya nak maklumkan kepada kumpulan ini terutama warga emas bahawa mereka adalah kumpulan paling berisiko tinggi sekiranya tidak menerima dos penggalak terutamanya dengan perkembangan terkini varian Omicron yang kebolehjangkitannya lebih tinggi berbanding Delta.

“Walaupun belum ada (Omicron) di Malaysia, langkah pencegahan perlu dibuat untuk semua warga emas supaya menerima dos penggalak terutama yang mendapat Sinovac (sebelum ini) disebabkan tempoh masa Sinovac menurun lagi cepat berbanding Pfizer,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat hari ini sebanyak 2,457,510 dos penggalak diberikan walaupun pada peringkat awal kadar ketidakhadiran janji temu adalah tinggi iaitu 40 peratus.

Bagaimanapun katanya, apabila kementerian memperkenalkan senarai menunggu, kadar ketidakhadiran menurun secara drastik dan ia hampir memenuhi kapasiti pusat pemberian vaksin pada setiap hari.

“Saya telah minta kapasiti pemberian dos penggalak sebanyak 120,000 sehari ditingkatkan kepada 150,000 dan seterusnya ditingkatkan kepada 200,00 secara berperingkat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy menasihatkan warga emas dan individu dengan komorbiditi supaya tidak membuat perjalanan ke luar negara dan mengelakkan dari menghadiri kawasan awam yang sesak.

Katanya, nasihat tegas itu bagi melindungi golongan itu yang mudah dijangkiti virus COVID-19 varian Omicron.

“Kalau tak dapat elak, kita faham. Tetapi kalau dapat elak jangan bawa warga emas ke tempat sesak pada masa ini

“Warga emas dan mereka yang ada komorbiditi serius juga dinasihatkan supaya mengelak daripada membuat perjalanan ke luar negara buat masa ini disebabkan varian Omicron,” katanya.

Sementara itu, Khairy mengingatkan rakyat Malaysia yang ke luar negara supaya mematuhi langkah kesihatan awam yang diamalkan di negara ini, bukannya mengikut amalan di negara yang dilawati.

“Kita tahu di Eropah, langkah kesihatan awam mereka lebih longgar daripada kita.

“Namun kementerian menasihati warga Malaysia yang ingin ke destinasi yang sudah tidak memerlukan pemakaian pelitup hidung dan mulut supaya patuh dengan nasihat ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: dos penggalakSinovacwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd