• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Ihsan RM1,000 Diperluas Untuk Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat monsun timur laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI diberi bukan sahaja untuk KIR di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada KIR yang tidak berpindah ke pusat terbabit.

“(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini.

Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Disember, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.

“Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar,” katanya.

Bernama-

Tags: Banjirketua isi rumahWang Ihsan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd