• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Langgar Piagam MN? Mat Hasan Jawab Dakwaan Presiden PAS

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Umno memungkiri piagam Muafakat Nasional (MN) sebagai tersasar.

Ini selepas Abdul Hadi mendakwa punca PAS enggan bersama Umno adalah kerana ia telah melanggar piagam MN apabila enggan menerima Bersatu bersama dalam gabungan itu.

Mohamad dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan PAS bahawa MN tidak ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripadanya.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya.

Abdul Hadi semalam berkata ketika MN ditubuhkan, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima parti-parti lain termasuk Bersatu.

Namun, kata Abdul Hadi, apabila sampai peringkat pelaksanaan terdapat dalam kalangan pimpinan Umno yang mahu PAS dengan Umno sahaja.

“Itu sudah lari daripada perjanjian. Kita berpegang pada perjanjian. Dia tak boleh menyalahkan PAS, nak suruh PAS dengan Umno sahaja tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain,” kata Abdul Hadi seperti dilapor media.

Sementara itu, meskipun mengakui bahawa MN harus memayungi semua orang Melayu, Mohamad berkata, sesiapa jua yang ingin menyertai MN mestilah serasi dengan kepentingan Umno dan PAS.

“Piagam MN pula mestilah ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa Umno dan PAS. Kerana itu Umno tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana Umno tidak mahu menyinggung PAS.

“PAS dan seluruh Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong Umno memutuskan bahawa Umno tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan Bersatu. Umno terikat dengan pendirian ini.

“Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” kata Mohamad.

Selain itu, kata Adun Rantau itu lagi, piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat dan MN tidak didaftarkan kerana Umno mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua, dan bukan instrumen politik Umno dan PAS semata-mata.

“Jadi janganlah dek kerana Umno tidak mahu menerima Bersatu, MN itu PAS tinggalkan.

“Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan Bersatu menyertai MN.

“Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.

“Semoga presiden PAS akan terus bersama Umno dalam meneroka pelbagai dimensi baru dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, insya-Allah,” katanya.

Piagam MN dimaterai antara PAS dan Umno di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Disember 2019 ketika Bersatu masih sebahagian kerajaan dalam PH.

Bersatu kemudian meninggalkan PH dan memainkan peranan penting dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan itu pada Feb 2020.

Bersatu seterusnya bersama pembangkang dan wakil rakyat yang lompat parti ketika itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin.

Meskipun masih bersama MN yang dianggotai Umno, PAS kini dilihat lebih cenderung kepada PN, seperti yang dapat dilihat pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama Umno dan PAS dalam MN akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.

-Malaysia Kini

Tags: Mat HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd