• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sawa Teman 10 Jam

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Dua wanita warga emas yang berlindung dari banjir dengan duduk di atas bumbung rumah tidak menyangka seekor ular sawa juga menumpang berlindung.

Kejadian yang berlaku pada malam 18 Disember lalu di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, di sini, berakhir tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun mereka duduk bersama dengan ular hampir 10 jam.

Mangsa Asian Osman, 63, berkata dia dan adiknya berusia 62 tahun terpaksa memanjat ke bumbung rumah selepas banjir lumpur menenggelamkan rumah yang diduduki sejak 40 tahun lalu kerana air naik sehingga tiga meter.

“Saya terpaksa memanjat bumbung rumah pada jam 7 malam bersama adik saya dan empat ekor kucing kami, selepas air naik akibat hujan yang tidak berhenti dari pagi.

“Semasa berada atas bumbung, saya terlihat seeokor ular sawa betul-betul di balik bumbung belakang saya, namun saya merahsiakan perkara itu dari adik saya kerana bimbang dia panik dan terjun ke dalam air,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, hari ini.

Katanya, susulan dari itu berdoa dan berbisik dalam hati supaya ular berkenaan tidak mengancam keselamatan diri dan adiknya serta kucing peliharaan mereka.

“Saya katakan oh ular kau pun cari tempat berlindung, aku pun cari perlindungan. Kau jangan ganggu aku dan aku pun tidak akan ganggu kau.

“Sehinggalah air mulai surut dan tiada lagi arus deras pada jam 5 pagi, ular itu masuk ke dalam air dan kami turun ke tanah,” katanya.

Asiah berkata, semasa kejadian jam 7 malam itu, dia, adik dan anak angkatnya tinggal dalam rumah berkenaan ketika hujan lebat sejak pagi.

“Mula-mula hujan turun waktu pagi hari, saya merasakan sama seperti sebelum ini. Namun, selepas waktu Maghrib, air dari sungai dan dari arah bukit di belakang rumahnya bertembung dan menyebabkan arus deras sebelum naik ke paras bumbung.

“Masa itu saya terus mengarahkan anak angkat saya panjat pokok langsat, selepas jambatan rumah kami juga dinaiki air sepenuhnya, manakala saya dan adik terus memanjat bumbung rumah,” katanya.

Kejadian berkenaan membuatkan Asiah lebih trauma dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini.

“Saya dah serik. Kalau lepas ni hujan turun dua selama dua jam, saya akan terus keluar dari rumah dan cari tempat selamat. Nyawa lebih penting berbanding harta-benda,” katanya.

BHonline-

Tags: Banjirular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd