• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Bantu Tangani Kempen Anti Minyak Sawit

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang bekerjasama dengan badan pemikir dalam industri minyak sawit untuk membentangkan kes menyeluruh kepada Kesatuan Eropah (EU) pada Januari tahun depan, membabitkan kempen anti-minyak sawit dan dakwaan buruh paksa.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata beberapa saintis sudah mengenal pasti penemuan baharu mengenai lemak tepu yang tidak berkaitan atau menyebabkan penyakit jantung.

“Ini adalah antara perkara yang saya akan bentangkan kepada EU. Kami telah membawa kes (anti-minyak sawit) di peringkat perundangan ke EU sejak tahun 1986 tetapi kini terdapat beberapa perkara yang perlu kami bangkitkan semula berikutan penemuan baharu ini,” katanya kepada Bernama pada pelancaran e-platform Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA), baru-baru ini.

Zuraida menegaskan beliau ingin mengemukakan kes itu daripada sudut saintifik bahawa minyak sawit adalah komoditi yang produktif dan tidak memudaratkan alam sekitar.

“Minyak sawit adalah tanaman dengan hasil minyak tertinggi di dunia dan tanaman serta industri yang menyokong 650,000 pekebun kecil dan lebih dua juta orang yang bergantung kepada industri kelapa sawit sebagai sumber pekerjaan mereka.

“Ia mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar dan sihat,” katanya.

Sementara itu, Presiden MOSTA, Tan Sri Dr Augustine S H Ong berkata, terdapat 17 minyak dan lemak di dunia dan semuanya boleh dimakan.

“Setiap satu mempunyai kekuatan dan sifat unik jadi marilah kita bersaing secara sihat. Bagi minyak sawit, ia boleh menghasilkan empat tan minyak sehektar setahun, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada minyak kacang soya.. dan ia hanya memerlukan sedikit tanah dan kos yang lebih rendah.

“Oleh itu, ia menyumbang kepada dunia. Selain itu, biojisim berasaskan sawit juga boleh diperbaharui”, katanya.

Mengimbas kembali, sumber pertikaian terbesar antara Malaysia dan EU adalah membabitkan rancangan Brussels untuk menghentikan import minyak sawit secara berperingkat menjelang 2030.

Tanaman minyak itu telah diklasifikasikan oleh blok perdagangan akan mengakibatkan penebangan hutan yang berlebihan.

Pada akhir Mei, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menerima permintaan Malaysia untuk menubuhkan panel untuk membahaskan bantahannya dan pendapat, ia dijangka akan berlaku menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Ong bersama saintis dari MOSTA akan menyertai Zuraida dalam ‘war room’ (bilik perang) untuk memberikan input dalam menangani diskriminasi oleh EU atau negara lain.

Pada masa yang sama, MOSTA juga cuba menangani maklumat salah mengenai minyak sawit dalam kalangan pengguna.

Maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini mengenai industri ini boleh didapati di laman webnya mosta.org.my.

-Berita Harian

Tags: kempen anti minyak sawitminyak sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd