• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayu Tingkatkan Capaian Internet Luar Bandar

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUYAU : Capaian internet lebih baik antara perkara didambakan penduduk luar bandar terutama berhampiran daerah Simunjan yang tidak mahu ketinggalan dalam zaman teknologi kini.

Mereka berharap, isu capaian internet dapat diselesaikan kerana ia menjadi keperluan bukan sahaja memudahkan komunikasi malah melancarkan urusan penduduk sekitar.

Penduduk Kampung Sungai Ludong, Rosli Saban, 27, merayu supaya kerajaan serta pihak berkaitan dapat meningkatkan lagi infrastruktur berkaitan capaian internet di kawasannya.

Katanya, internet kini menjadi satu keperluan terutama bagi golongan muda sepertinya dalam melakukan urusan harian.

Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf

“Saya merayu supaya perbanyakkan menara telekomunikasi di kawasan ini. Banyak urusan sekarang memerlukan capaian internet yang baik.

“Jadi saya berharap sesiapa yang menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ini, selesaikan masalah capaian internet di luar bandar,” katanya di sini.

Peniaga, Salleh Achon, turut meminta supaya isu capaian internet dapat diselesaikan.

Selain itu, dia juga berharap infrastruktur asas seperti jalan raya dapat dinaik taraf.

Katanya, jalan raya sedia ada di kawasannya perlu diperbesarkan lagi bagi melancarkan laluan sertas perjalanan penduduk setempat.

“Kalau boleh jalan raya dapat dilebarkan lagi. Kadang-kadang berlaku kesesakan sebab laluan sempit. Harap kerajaan dapat melakukan sesuatu,” katanya.

Bagi nelayan, Brahim Atun, 60, pula berharap kerajaan dapat meningkatkan lagi bantuan terutama ketika musim tengkujuh.

“Apabila musim tengkujuh, sukar bagi kami meraih pendapatan. Sebab itu bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hidup kami,” katanya.

-Berita Harian

Tags: capaian internetsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd