• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Shah Alam Terima 9,938 Laporan Banjir

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Sebanyak 9,938 laporan polis berkaitan banjir diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membabitkan kawasan di bawah pentadbirannya sehingga pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan polis harian terkini diterima pula sebanyak 498.

“Jumlah itu membabitkan mangsa banjir yang membuat laporan bagi memaklumkan kerosakan harta benda seperti peralatan rumah, kerosakan kereta ditenggelami air dan terkandas banjir menyebabkan tidak dapat hadir kerja. Keadaan terkini di Daerah Shah Alam terutama di Pekan Sri Muda Seksyen 25 pula bertambah baik, memandangkan keadaan cuaca panas, jalan raya dapat dilalui sepenuhnya semua jenis kenderaan.

“Kebanyakan warga Pekan Sri Muda dan lain-lain kawasan yang terjejas dengan banjir sedang melaksanakan kerja pembersihan di kawasan rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 49 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 290 Pegawai Rendah Polis (PRP) terlibat dengan gotong-royong di Masjid Taman Sri Muda, Sekolah Kebangsaan Sri Muda 2 dan dua kawasan lagi.

-Utusan Online

Tags: Bnajirlaporan polispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd