• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan ‘Kingpin’ Dadah Berada Di Negara Asia

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang ‘kingpin’ atau raja dadah yang dipercayai berada di sebuah negara Asia.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata PDRM sedang bekerjasama dengan pihak polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan individu berasal dari utara Semenanjung itu.

Beliau berkata lelaki terbabit telah meninggalkan Malaysia hampir setahun lepas.

“Kebanyakan ‘kingpin’ dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dadah sebelum ia diedarkan di pasaran antarabangsa,” katanya dalam sidang media khas di Kompleks Narkotik Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Razarudin berkata individu terbabit turut mempunyai perniagaan antaranya perkapalan, perhotelan, pelancongan dan pengangkutan selain dipercayai terlibat dengan ‘black economy’ serta pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, beliau berkata polis telah menumpaskan 279 sindiket dadah dan menahan lebih 1,000 individu termasuk kingpin dadah bagi tempoh awal Januari hingga 30 November lepas.

“Setakat ini, kami berjaya memberkas kingpin yang menjadi dalang dalam sindiket pengedaran dadah di Johor dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau mengakui agak sukar untuk mengenal pasti ‘kingpin’ dadah disebabkan mereka menjalankan perniagaan yang lain untuk mengelak diketahui polis.

“Selagi PDRM tidak menangkap kingpin-kingpin ini, mereka akan merekrut pekerja-pekerja sindiket dan itu memberi cabaran kepada PDRM,” katanya.

Bernama-

Tags: Kingpin dadahPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Jeli, Kelantan

Next Post

‘Penduduk Siap Sedia Jika Diarah Pindah’

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post

'Penduduk Siap Sedia Jika Diarah Pindah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd