• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tambah Satu Lagi Calon, Jumlah Kini 28

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : PKR menambah seorang lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menjadikan jumlah calonnya kini 28.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata calon itu ialah Hapeni Fadil, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

“Ada tambahan iaitu DUN Simunjan berdasarkan atas permintaan orang tempatan dan badan bukan kerajaan yang lain. Mereka minta supaya Hapeni Fadil menjadi calon kawasan itu. Itu sahaja yang ditambah setakat ini.

“Setakat ni tak tahu (jika ada pertambahan calon di masa akan datang). Saya tiada maklumat. Memang ramai nak bertanding,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini malam ini.

Beliau berkata PKR berpegang teguh dengan kerjasama parti komponen Pakatan Harapan (PH), dengan tiada pertindihan calon bagi PRN Sarawak.

Katanya PKR hanya meletakkan wakil di kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan parti.

“Kita kena fokus kepada kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan. Apakah ini bermakna kita beri laluan kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak) (untuk menang)? Tak. Kita tak mahu cuba bolot dalam keadaan kawasan yang kita tak punyai cukup kekuatan,” katanya.

Hari ini, parti itu mengumumkan seramai 27 calonnya akan bertanding pada PRN Sarawak kali ini, berbanding pengumuman awal parti itu akan bertanding di 49 kerusi DUN.

Antara yang diumumkan sebagai calon adalah adalah Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Abg Zulkifli Abg Engkeh bagi kerusi DUN Beting Maro dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Joshua Jabeng di DUN Kakus.

Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Dominique Ng berkata PKR mungkin membuat perubahan di saat akhir dan berkemungkinan menambah lagi calon-calon yang bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

-Berita Harian

Tags: CalonPKRPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd