• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Catat Satu Lagi Kes Di Sekolah

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Sebuah lagi sekolah di negeri ini merekodkan jangkitan COVID-19, selepas kes sama dilaporkan ke atas enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kes kedua itu membabitkan sebuah sekolah agama di Bagan Datuk, difahamkan ia daripada kluster Batu 20 Selekoh.

Saarani menjelaskan, tiada sebarang penutupan sekolah dibuat dan pelajar yang positif COVID-19 telah dikuarantin di asrama berasingan.

“Memang ada berlaku jangkitan kepada pelajar sekolah terutama sekali sekolah berasrama penuh. Tetapi mereka yang dijangkiti itu sudah diasing atau dikuarantin di asrama berasingan sekali gus ia (jangkitan) tidak menular ke luar.

“Di Perak tiada sekolah ditutup setakat ini. Sekolah yang terbabit masih dibuka tetapi pelajar berkenaan dikuarantin di asrama berasingan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Sidang Dewan Belia Perak di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Saarani berkata, setakat ini pihaknya masih belum memperoleh angka rasmi jumlah sebenar jangkitan COVID-19 membabitkan sekolah memandangkan terdapat sekolah yang bukan berada di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Kementerian Pendidikan (KPM).

“Situasi sekarang, (kes jangkitan Covid-19) ada dua sekolah, satu di bawah JPN yang hanya ambil maklum berkaitan sekolah di bawah KPM dan satu lagi sekolah (MRSM Sultan Azlan Shah) adalah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Baru-baru ini, media melaporkan Exco Kesihatan Perak, Mohd Akmal Kamarudin mengesahkan enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar disahkan positif COVID-19 melalui Kluster Jalan Kuala Kangsar-Gerik.

Awani-

Tags: Covid-19PerakSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOT Lulus Cadangan Kerajaan Sarawak Naik Taraf STOLport Lawas

Next Post

SUPP Akui Persaingan Sengit Kerusi DUN Kawasan Bandar

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

SUPP Akui Persaingan Sengit Kerusi DUN Kawasan Bandar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd