• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Rugi RM6,000 Ditipu ‘Macau Scam’

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL : Seorang penjawat awam kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 23 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan LHDN Cyberjaya yang mendakwa penjawat awam itu mempunyai tunggakan cukai RM58,500. 82 yang perlu dijelaskan sebelum jam 4 petang.

“Mangsa memaklumkan dia tiada sebarang tunggakan cukai namun suspek memberitahu nombor MyKad mangsa didaftarkan atas sebuah syarikat di Kota Bahru, Kelantan. Suspek turut bertanya bank digunakan mangsa selain meminta dia menyerahkan nama, kata laluan serta nombor kod kebenaran transaksi (TAC),” katanya hari ini.

Hoo berkata, mangsa menyedari ditipu selepas suspek memintanya menukar nama serta kata laluan dan pemeriksaan akaun banknya secara dalam talian kemudian mendapati wang berkurangan RM6,000.

“Siasatan awal mendapati mangsa terpedaya dengan panggilan itu dan menyerahkan akses perbankan internet akaun bank miliknya kepada suspek. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Macau ScamPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd