• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Panggil Dua Saksi Akhir Bicara Kes Shafee Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan memanggil dua lagi saksi sebelum menutup kesnya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Hamid ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

“Dua saksi yang akan dipanggil adalah pegawai dari LHDN dan pegawai penyiasat kes,” katanya.

Setakat ini, enam saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lepas.

Terdahulu, Hakim Muhammad Jamil menetapkan 10, 15 dan 22 Feb serta 1, 28 dan 29 Mac tahun depan untuk sambung bicara kes tersebut.

Afzainizam berkata mahkamah menetapkan tarikh baharu itu berikutan perbicaraan kes yang sepatutnya berlangsung pada 10 Dis lepas terpaksa ditangguhkan kerana Muhammad Shafee dan peguamnya Harvinderjit Singh dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada anak Muhammad Shafee, Muhammad Farhan yang disahkan positif COVID-19.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Bernama-

Tags: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganggur Didakwa Bunuh Warga Emas

Next Post

Peluang Ee Yi-Yew Sin Balas Dendam

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Cukai RM9.41j:  Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

Cukai RM9.41j: Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

04/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan...

Next Post

Peluang Ee Yi-Yew Sin Balas Dendam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd