• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai RM9.41j: Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

oleh Mohd Arshad
04/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cukai RM9.41j:  Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu, peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Muhammad Shafee memohon kepada Mahkamah Tinggi agar kes itu ditangguh sementara menunggu hasil perbincangan tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan tersebut namun sempat memberikan `kata dua’ kepada pihak-pihak terlibat.

“Jika tiada penyelesaian, saya perlu meneruskan kes ini. Kes ini sudah cukup lama,” katanya sebelum menetapkan 15 Disember ini untuk mengetahui status perbincangan berhubung penyelesaian tunggakan itu.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan dan afidavit tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

MEWAKILI

Sementara itu, Peguam Hasil Kanan, Al-Hummidallah Idrus yang mewakili LHDN ketika ditemui selepas prosiding berkata, defendan (Muhammad) telah menghantar cadangan penyelesaian pada bulan lepas (November) dan LHDN membalas cadangan itu pada bulan yang sama.

Antara alasan permohonan penghakiman terus itu ialah LHDN berhak untuk mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan dan kenaikan-kenaikan tertunggak yang dikenakan ke atas defendan sebagai satu cukai yang genap masanya dan kena dibayar.

Dalam pada itu, Subseksyen 106(1) ACP 1967 pula dengan jelas memperuntukkan bahawa baki cukai pendapatan serta kenaikan-kenaikan yang tertunggak boleh didapatkan kembali sebagai suatu cukai yang genap masanya dan perlu dibayar oleh defendan.

Justeru suatu perakuan di bawah Subseksyen 142(1) ACP 1967 yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah yang menyatakan nama dan alamat defendan amaun tunggakan cukai yang genap masanya untuk dibayar oleh defendan adalah menjadi keterangan yang mencukupi kepada mahkamah untuk memberi penghakiman bagi amaun cukai yang dinyatakan di dalam perakuan tersebut.

Menurut plaintif dalam notis permohonan itu, defendan tiada pembelaan dan tiada isu untuk dibicarakan di dalam tindakan ini.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Muhammad Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

CUKAI

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran RM621,291.85 (2011), RM978,854.11 (2012), RM3,581,500.000 (2013), RM1,735,124.03 (2014) dan RM1,826,557.87 (2016).

Pada 27 September 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan antaranya defendan gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan dan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas beliau berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.

Muhammad Shafee adalah peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 13 September 2018, peguam terbabit didakwa atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Najib hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada LHDN.

Bagaimanapun, pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhammad Shafee daripada kesemua pertuduhan itu.

UtusanOnline-

Tags: CukaiLHDNTan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDN Serbu Kedai Enggan Jual Minyak Masak Peket

Next Post

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post
Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd