Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

NGO Pro-Pembangkang Dakwa Agenda...

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah negara yang dibina atas penyatuan semua kaum, bukan...

Sesuaikan SOP PKPB Dengan...

PUTRAJAYA - Kerajaan negeri boleh menyesuaikan prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan...

Dua Gol Bale Bantu...

MADRID - Gareth Bale mengakhiri kemarau sembilan perlawanan tanpa sebarang gol apabila meledak...

Tugas Getir TNB Pulihkan...

KUALA LUMPUR - Bekalan tenaga elektrik di Kelantan pulih hampir 60 peratus pagi...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian Omicron Covid-19, menjalani ujian pemeriksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, namun selepas masuk negara ini, pelajar berkenaan didapati positif varian baharu itu.

Menurutnya, berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu mereka yang dijangkiti virus berkenaan.

“Sebelum ini kita tak tahu pelajar itu mempunyai virus itu (Omicron), kerajaan bukan dapat memastikan seseorang itu masuk ke negara dengan ada virus dalam dirinya.

“Yang kita tahu apabila kita test (ujian pemeriksaan), dia tak ada apa-apa, jadi kita benarkan dia masuk (ke negara ini) dan selepas seminggu dua, kita dapati dia ada virus itu maka tindakan akan diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk membantu mereka yang telah terkena virus ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hamzah, berikutan kes berkenaan, pintu masuk ke negara ini diperketatkan dengan pelaksanaan SOP sedia ada.

Beliau berkata, hanya warga dari negara-negara yang dibenarkan sahaja boleh masuk ke negara ini seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan.

“Semua negara yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan untuk tidak dibenarkan masuk, kita tidak benarkan (masuk), Jabatan imigresen akan terus mengikuti SOP yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan, sekatan perjalanan sementara setakat ini dikenakan ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.


Ditanya mengenai varian baharu Omicron mungkin akan menyukarkan kemasukan segera pekerja asing, Hamzah berkata, proses kemasukan pekerja luar negara kini menjadi semakin sukar.

Menurutnya, ini kerana kerajaan perlu berhati-hati dengan memastikan mereka yang hendak dibawa masuk sebagai pekerja mesti mendapat vaksin terlebih dahulu.

“Selepas itu mereka sekali lagi akan menjalani ujian pemeriksaan virus berkenaan, kemudian kita pastikan mengikut SOP iaitu dikuarantin selama dua minggu, itu yang kita akan jalankan sebelum kita benarkan mereka bekerja di ladang dan sektor lain yang dibenarkan.

“Prosesnya (membawa masuk pekerja asing) agak ketat sekarang, semua majikan kena terima hakikat ini, yang penting ialah untuk menjaga kesihatan rakyat,” katanya.

Malaysia merekodkan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Pelajar itu menjalani ujian Ujian Pantas (RT)-Tindak balas Berangkai Polimerase (PCR) Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Pelajar itu menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh dan perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori