• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PATI Bertambah, Pembukaan Ekonomi Faktor Penarik

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Jumlah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangka bertambah ekoran pembukaan banyak sektor ekonomi di negara ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, berdasarkan risikan pasukan petugas khas (NTF), cubaan masuk ke negara ini melibatkan beberapa sektor tertentu terutama di Selangor

Justeru, katanya, pasukan itu akan memperketat kawalan dan membuat penambahan anggota serta aset di beberapa lokasi dikenal pasti.

“Apabila ekonomi dibuka itu adalah salah satu faktor penarik bagi PATI dan ia sememangnya telah dijangka. NTF kini sudah merangka dan melihat kawasan entry point yang perlu dijaga

“Ya, pertambahan (PATI) memang ada. Sekarang kita ingin melihat jika ia berterusan , mungkin jumlah anggota akan ditambah juga,” katanya di sini semalam.

Terdahulu Affendi melakukan lawatan ke Kapal Diraja (KD) Lekiu sempena Operasi Benteng Khas siri 1/21 di Sektor Lima pesisir pantai Selangor.

Operasi ini bermula 19 sehingga 23 Disember melibatkan 18 agensi antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Tambah Affendi, melalui pelaksanaan Op Benteng ini, Selangor dikenal pasti menjadi salah satu daripada enam paksi ancaman utama melibatkan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan yang aktif di Pantai Barat Semenanjung.

Menurutnya, perairan Selangor strategik terletak di Selat Melaka dengan menjadi laluan perdagangan kepada industri perkapalan.

-Utusan Online

Tags: PatiPembukaan ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd