• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dan Hikayat Kesilapan

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS selalu tersilap.Kesilapan dan PAS berpisah tiada.

Ibarat aur dengan tebing.Umpama air dicincang tidak akan putus.

PAS pernah tersilap mengagungkan PKR pada zaman orang Melayu tidak berapa mengerti perkara sebenar tentang PKR.

PAS juga pernah tersilap mempercayai parti cauvinis DAP sehingga saling bermesraan dibawah Pakatan Rakyat.

Selepas terhantuk baru tengadah. Selepas segala puji-pujian dicurah kepada DAP baru PAS tahu realiti.

Selepas segala bantuan diberi agar pengundi Melayu menyokong DAP, baru PAS sedar telah tersilap.

Kini PAS membuat keputusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN) pula dan menolak Muafakat Nasional (MN).

PAS lebih percayakan kawan barunya Bersatu berbanding UMNO yang telah pun bekerjasama sejak 9/2019.

Meminggirkan kerjasama UMNO yang telah pun terbukti membina kekuatan pengundi Melayu yang amat digeruni.

Bukan saja digeruni DAP, malah sangat ditakuti Bersatu hingga membuat keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Maka berdasarkan ‘track record’ PAS yang sinonim dengan kesilapan, apakah kebarangkalian PAS tidak silap lagi?

Teori alam semesta berhubung punca PAS berulang kali melakukan kesilapan pernah diperdebatkan.

Pemimpinnya dikatakan senang sekali diambil kesempatan dan digula-gula dengan pujian serta kata-kata manis.

Apatah lagi jika kata-kata manis itu dimanipulasi dengan hujah penyatuan Islam dan ayat-ayat suci.

Bertambahlah mudah dipengaruhi selepas dihidangkan dengan pesona kedudukan dan jawatan.

Demi kelangsungan dan masa depan parti itu, nampak gaya akar umbi PAS perlu jadi lebih bijak daripada pemimpin.

Nadi sesebuah parti politik adalah akar umbinya dan kekuatan mereka boleh mencaturkan hala tuju parti ke haluan yang tepat.

Walau apa pun ini sekadar pendapat insan menulis.

Yang benar semuanya dari Allah dan yang kurang tepat pastinya dari aku.

Mynewshub-

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd