• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas 10 Maut: Pemandu Treler Didakwa Di Mahkamah Esok

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 10 mangsa di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.

“Susulan itu, suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam esok mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler berhampiran R&R USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan salah satu daripadanya mengalami kerosakan.

Dua kereta lain ketika itu berhenti untuk memberi bantuan.

-Sinar Harian

Tags: kemalangan jalan rayamahkamahpemandu treler
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd