• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Klang Hampiri 10,000 Orang

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Mangsa banjir di daerah ini kini menghampiri 10,000 orang dan diselamatkan pelbagai agensi penyelamat serta dibawa ke 32 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong di Kampung Nelayan Telok Gong, di Pelabuhan Klang di sini mencatatkan penghuni PPS paling ramai iaitu 1,293 orang diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru (800) dan 700 di SMK Klang Utama dan SK Sungai Binjai.

Berdasarkan maklumat daripada Pos Kawalan Bomba (PKP) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor di SK Telok Gong, seramai 3,269 mangsa diselamatkan oleh pasukan agensi itu di Klang sahaja.

Malah secara keseluruhan, sebanyak 9,143 mangsa di seluruh Selangor diselamatkan JBPM negeri itu yang merangkumi daerah Klang, Sepang, Kuala Langat, Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan berdasarkan kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, seramai 6,242 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke PPS setakat pukul 8 pagi tadi di 80 PPS yang dibuka lapan daerah.

-Utusan Online

Tags: klangmangsa banjir di klang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd